TAHAP PENGAMALAN DAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH: PERSPEKTIF MURID BERDASARKAN EMPAT DIMENSI GAYA PEMBELAJARAN
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid berdasarkan empat dimensi gaya pembelajaran iaitu dimensi input (visual dan verbal), pemprosesan (aktif dan reflektif), pengamatan (kepekaan dan intuisi) dan kefahaman (sequential dan global). Reka bentuk kajian tinjauan secara deskriptif ini melibatkan seramai 865 orang murid Tingkatan Dua daripada 30 buah sekolah menengah di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia melalui teknik persampelan rawak mudah. Instrumen kajian ini adalah soal selidik pengamalan kemahiran pemikiran sejarah dan ujian pencapaian penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan soal selidik Index of Learning Style yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang sejarah dan mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan kesukaran yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap sederhana, manakala tahap penguasaan kemahiran pemikiran sejarah pula berada pada tahap rendah dalam kalangan murid. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap pengamalan kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap sederhana, manakala tahap penguasaan kemahiran pemikiran sejarah berada pada tahap rendah berdasarkan keempat-empat dimensi gaya pembelajaran.Oleh itu, kajian ini adalah diharapkan dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada guru-guru Sejarah dalam merancang proses dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah yang dapat meningkatkan pengamalan dan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dengan lebih berkesan berdasarkan dimensi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh murid-murid.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
M.Kaviza. (2024). TAHAP PENGAMALAN DAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH: PERSPEKTIF MURID BERDASARKAN EMPAT DIMENSI GAYA PEMBELAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3050
Issue
Section
Articles