PROGRAM KELAS BERASASKAN SUBJEK: KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN DI SEKOLAH MENENGAH DI BENTONG, PAHANG

Authors

  • Adillah Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Mohammed Yusoff Mohd Nor Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) yang mengutamakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar telah merubah persekitaran dan susun atur kelas. Bagi membantu guru dalam melakukan transformasi fizikal PAK 21 dalam kelas, program Kelas Berasaskan Subjek (SBC) telah diperkenalkan. Namun, pelaksanaan program SBC di beberapa sekolah bukanlah mudah kerana guru-guru menganggap ianya satu program yang membebankan. Lantas, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana program Kelas Berasaskan Subjek (SBC) boleh dilaksanakan khususnya di sekolah menengah di Bentong, Pahang. Kajian kebolehlaksanaan program SBC dinilai dari lima aspek iaitu memenuhi hasrat KPM, praktikal, berdaya maju, lestari dan mampu dilaksanakan. Dengan menggunakan kaedah metodologi campuran, kajian ini melibatkan 60 orang guru sebagai responden instrumen soal selidik dan lima orang guru sebagai responden temubual di dua buah sekolah di Bentong. Dapatan analisis deskriptif kuantitatif mendapati kedua-dua buah sekolah menunjukkan skor min yang tinggi dalam aspek memenuhi hasrat KPM, berdaya maju, praktikal dan kelestarian, namun dalam aspek mampu dilaksanakan, skor min adalah di tahap sederhana. Analisis menggunakan ujian T-sampel tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kebolehlaksanaan program SBC di SMK A dan SMK B. Manakala, dapatan temubual kajian kualitatif menyokong kebolehlaksanaan program SBC di sekolah terlibat. Hasil kajian jelas membuktikan bahawa program SBC boleh dijadikan satu alternatif yang berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk pdpc abad ke-21. Namun, beberapa aspek pelaksanaan seperti bantuan kewangan serta penyelenggaraan infrastruktur asas dan infostruktur mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak sekolah agar program SBC ini kurang membebankan kumpulan pelaksana.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adillah Ahmad, & Mohammed Yusoff Mohd Nor. (2024). PROGRAM KELAS BERASASKAN SUBJEK: KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN DI SEKOLAH MENENGAH DI BENTONG, PAHANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3056