HUBUNGAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KOMITMEN KERJA GURU DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DI DAERAH HILIR PERAK

Authors

  • Zahari Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah jenis kebangsaan cina (SJKC). Kajian ini khusus untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi-dimensi dalam kepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen kerja guru. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian berbentuk kuantitatif deskriptif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama untuk mengumpul data daripada responden kajian. Seramai 196 orang guru dari 20 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan telah dipilih untuk menjawab soalan selidik ini. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk menentukan frekuensi, peratus, min dan sishan piawai serta kaedah statistik inferensi iaitu pekali kolerasi Pearson bagi menguji hipotesis. Keputusan ujian kolerasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan yang tinggi di antara kepimpinan transformasi guru besar dengan komitmen guru-gurudi sekolah-sekolah yang terlibat. Oleh itu, amalan kepimpinan transformasi Guru Besar pada tahap yang tinggi dapat meningkatkan komitmen guru terhadap tugasnya di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Zahari Hashim. (2024). HUBUNGAN KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KOMITMEN KERJA GURU DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DI DAERAH HILIR PERAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3057