KEBERKESANAN MODUL LATIHAN MENTAL IMAGERI TERHADAP ATLET SENI BELA DIRI TAEKWONDO
Abstract
Latihan mental adalah faktor yang dititikberatkan dalam program latihan yang dirangka untuk atlet bagi meningkatkan prestasi. Latihan mental imageri mampu merangsang otak dalam menghasilkan tingkahlaku yang diingini. Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan intervensi latihan imageri terhadap atlet seni mempertahankan diri taekwondo koryo. Responden kajian terdiri daripada 74 orang atlet dan jurulatih yang berstatus atlet elit yang berpengalaman menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kesemua responden berumur dalam lingkungan 16 hingga 23 tahun dan telah melalui ujian saringan Vividnes of visual imagery questionnaire yang menilai tahap kejelasan imej serta kemampuan kognitif atlet untuk melaksanakan intervensi imageri. Kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan pengaplikasian modul imageri sebagai latihan alternatif. Modul imageri ini dibina oleh pengkaji berdasarkan lima teknik serangan utama yang digunakan dalam pertandingan ‘sparring’ serta mempunyai arahan yang lengkap bagi jurulatih dan atlet dengan nilai kebolehpercayaan berada dalam julat 0.53 hingga 0.75. Ujian pra dilakukan sebelum perlaksanaan modul intervensi manakala ujian pos dilakukan selepas modul intervensi imageri dilaksanakan selama 14 minggu. Data mentah bagi ujian pra dan pos ini diambil dan dianalisis secara inferensi dan deskriptif manakala ujian t dilakukan bagi melihat perbandingan tahap kebimbangan seketika iaitu competitive state anxiety inventory-2 (CSAI-2) yang menguji tahap kebimbangan atlet sebelum dan selepas menjalani intervensi latihan imageri. Keputusan dapatan kajian pra dan pos menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kumpulan rawatan yang menjalani intervensi latihan imageri bagi konstruk kebimbangan kognitif, kebimbangan somatik, dan keyakinan diri. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kumpulan rawatan yang menjalani intervensi latihan imageri berbanding kumpulan kawalan yang hanya menjalankan latihan fizikal. Hasil kajian ini memberi gambaran sebenar tentang keberkesanan latihan imageri dalam mengurangkan tahap kebimbangan seketika atlet semasa pertandingan dalam meningkat keyakinan diri serta mutu persembahan bagi mencapai pencapaian yang diingini. Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi positif kepada jurulatih tentang kepentingan latihan imageri sebagai latihan alternatif selain latihan fizikal.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Joharah Ameer Hussain, & Norlena Salamuddin. (2024). KEBERKESANAN MODUL LATIHAN MENTAL IMAGERI TERHADAP ATLET SENI BELA DIRI TAEKWONDO . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3059
Issue
Section
Articles