PENGARUH EFIKASI TERHADAP KESEDARAN METAKOGNISI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PULAU
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kekuatan pengaruh efikasi guru yang merangkumi tiga dimensi iaitu penglibatan pelajar, strategi pengajaran dan pengurusan kelas ke atas kesedaran metakognisi bagi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah rendah zon pulau di utara Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan berlandaskan kepada reka bentuk kajian ‘eks post facto’. Data dikumpul menerusi instrumen soal selidik dengan menggunakan “Teachers’ Sense Of Efficacy Scale†(TSES), dan “Metacognitive Awareness Inventory for Teacher†(MAIT). Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan, seramai 151 orang guru yang mengajar di 14 buah sekolah rendah di dalam zon pulau tersebut terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan analisis Regresi Berganda. Dapatan kajian mendapati aras kepercayaan efikasi guru (M=7.45, SD=.86) dan kesedaran metakognisi guru (M=4.11, SD=.40) berada pada aras yang tinggi dan positif. Keputusan daripada analisis regresi berganda menunjukkan bahawa cuma satu dimensi daripada konstruk efikasi guru iaitu strategi pengajaran didapati mampu memberikan sumbangan nilai peramal yang signifikan terhadap kesedaran metakognisi guru (β=.591, t= 5.655, p<.05) dan seterusnya tidak menerima hipotesis null. Implikasi kajian juga telah dibincangkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Haidi Entoh, & Mohd. Khairuddin Abdullah @ Jerry. (2024). PENGARUH EFIKASI TERHADAP KESEDARAN METAKOGNISI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PULAU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3062
Issue
Section
Articles