HUBUNGAN GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN PERNIAGAAN

Authors

  • Nora’ini Abdul Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Aishah Buang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Gaya pengajaran guru yang dibincangkan dalam kajian ini adalah Gaya Pengajaran Grasha. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang pelajar tingkatan empat di lima buah sekolah menengah di Daerah Bagan Datuk, Perak. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 22.0. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk mengkaji gaya pengajaran yang kebanyakannya diamalkan oleh guru, jenis gaya pengajaran yang paling diminati di kalangan pelajar dan juga sikap mereka terhadap mata pelajaran Perniagaan. Sementara itu, data yang dikumpul juga akan dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pengajaran guru Perniagaan yang paling diminati oleh pelajar adalah gaya pengajaran fasilitator diikuti dengan gaya model personal dan gaya delegator. Manakala gaya pengajaran yang menjadi pilihan guru-guru adalah gaya delegator, diikuti dengan gaya fasilitator dan gaya model personal. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Perniagaan berada pada tahap sederhana positif. Hasil analisis ujian korelasi Pearson mendapati nilai r = 0.669, p=0.000 iaitu korelasi yang kuat antara gaya pengajaran guru yang diminati dengan sikap pelajar terhadap mata pelajaran perniagaan. Kombinasi gaya fasilitator dan gaya model personal dilihat sebagai gaya pengajaran yang sesuai bagi merealisasikan pembelajaran berpusatkan murid dan berasaskan projek. Implikasi daripada dapatan kajian tersebut dapat digunakan untuk menyediakan garis panduan kepada guru di sekolah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran para guru dan juga pencapaian pelajar dalam subjek ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nora’ini Abdul Rahman, & Nor Aishah Buang. (2024). HUBUNGAN GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN PERNIAGAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3067