PENDEKATAN TERAPI SAND PLAY DALAM MENANGANI MASALAH PERGAULAN SOSIAL KANAK-KANAK: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN MOYAN LAUT ASAJAYA, SARAWAK
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman kaunselor yang menggunakan modul sand play dalam pengendalian permasalahan pergaulan sosial kanak-kanak murid Sekolah Kebangsaan Moyan Laut Asajaya, Sarawak. Kaunselor menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dalam melaksanakan kajian ini. Klien dalam kajian ini merupakan seorang murid kanak-kanak perempuan dari Tahun 4 yang dipilih mengikut kerelaan murid itu sendiri dan dia menghadapi masalah pergaulan sosial. Data diperolehi melalui pemerhatian, penggunaan sand play, laporan sesi kaunseling dan temu bual klien yang dirakamkan dalam tiga sesi kaunseling. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan. Data yang diperoleh diproses dan telah dianalisis berdasarkan perkembangan yang berlaku sepanjang proses sesi kaunseling yang menggunakan pendekatan terapi sand play. Kajian menunjukkan klien telah berjaya mengurangkan rasa takut terhadap proses kaunseling, meningkatkan tahap kepercayaan dan memudahkan proses sesi kaunseling contohnya pada awal sesi kaunseling ini klien berasa takut terhadap masalah pergaulannya dengan kanak-kanak yang lain dan segan dengan kaunselor. Namun, setelah melalui sesi kaunseling yang menggunakan pendekatan terapi sand play, klien lebih yakin dengan dirinya sendiri.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zuliza Abu Samah, & Salleh Amat. (2024). PENDEKATAN TERAPI SAND PLAY DALAM MENANGANI MASALAH PERGAULAN SOSIAL KANAK-KANAK: SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN MOYAN LAUT ASAJAYA, SARAWAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3069
Issue
Section
Articles