PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
Abstract
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah memainkan peranan yang penting dalam membantu murid bukan sahaja dari segi akademik dan tingkah laku, malah dalam merancang masa depan mereka. Menyedari kepentingan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling KP/5209/35/(40) yang mengkehendaki guru besar-guru besar di setiap sekolah rendah untuk melantik seorang guru bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing. Kajian tinjauan ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah luar bandar, khasnya di Daerah Bakong, Miri, Sarawak. Kajian ini merupakan kajian deskriptif melibatkan 35 orang guru yang mengajar di sekolah rendah luar bandar di daerah Bakong. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi dari kajian Mohd Haidhir Md Yusof (2015) yang merangkumi 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A terdiri daripada 8 item meliputi data demografi, sementara Bahagian B, C dan D menggunakan skala likert. Bahagian B merangkumi data persepsi mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah luar bandar, bahagian C merangkumi keperluan unit bimbingan dan kaunseling serta guru bimbingan dan kaunseling di sekolah luar bandar, dan bahagian D pula merangkumi masalah dan peranan yang memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif meliputi frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian dapat memberi input bukan sahaja kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, tetapi juga kepada warga pendidikan sama ada pihak sekolah mahupun pihak yang lebih tinggi seperti pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar usaha-usaha memartabatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat direncana dan dilaksanakan seterusnya mengoptimumkan kegunaan perkhidmatan ini dalam meningkatkan keberhasilan pendidikan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nisrin Zalchary Anoi, & Abu Yazid Abu Bakar. (2024). PERSEPSI GURU TERHADAP KEPERLUAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3070
Issue
Section
Articles