KAEDAH PENGAJARAN ABSTRAK DAN KONKRIT DALAM MENINGKATKAN PRA LITERASI

Authors

  • Aisyah Ali Faculty Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
  • Faridah Yunus Faculty Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak prasekolah untuk mengenal nama huruf dan menyebut suku kata dengan menggunakan huruf konkrit. Seterusnya kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah membaca dengan menggunakan huruf dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini turut mengenalpasti kesukaran dalam pembacaan suku kata. Selain itu penyelidik merancang tindakan yang dapat digunakan untuk mengenalpasti masalah pembacaan. Kajian ini berbentuk kajian tindakan. Populasi kajian ini adalah melibatkan seramai 7 orang kanak-kanak Tadika Keluarga Harmoni dan Indah berumur 6 tahun. Semua kanak-kanak di dalam kajian ini adalah kanak-kanak normal dan boleh memahami Bahasa Melayu. Instrumen yang digunakan adalah ujian pemerhatian dan senarai semak. Ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian pos mengenal dan menyebut huruf serta suku kata. Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan Teknik huruf konkrit dapat meningkatkan penguasaan kanak-kanak terhadap literasi kanak-kanak terutamanya pemahaman bacaan huruf dan suku kata. Pencapaian kanak-kanak dalam kedua-dua ujian yang telah dilaksanakan mendapat keputusan yang baik dan memuaskan. Hasil kajian juga mendapati bahawa Teknik huruf konkrit ini dapat membantu kanak-kanak memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekaligus dapat menambah perbendaharaan kata mereka. Peranan sekolah dalam menyediakan bahan bantu mengajar sangat diperlukan bagi meningkatkan pelaksanaan kaedah ini di prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Aisyah Ali, & Faridah Yunus. (2024). KAEDAH PENGAJARAN ABSTRAK DAN KONKRIT DALAM MENINGKATKAN PRA LITERASI . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3071