HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DENGAN TEKAD KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

Authors

  • Esmalaily Muhamad Akhsan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Kemahiran keusahawanan merupakan kemahiran yang ada dalam diri pelajar dan ia perlu di gilap agar kemahiran ini sentiasa digunakan sekaligus melahirkan pelajar yang memiliki tekad keusahawanan. Kemahiran keusahawanan yang diketengahkan dalam kajian ini adalah pengetahuan kreativiti dan perhubungan sosial. Kertas kerja ini bertujuan memperihalkan tentang kemahiran keusahawanan pelajar dan seterusnya mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 196 pelajar SMKA yang dipilih secara strata. Hasil data yang dianalisis mendapati keseluruhan tahap kemahiran keusahawanan dan tekad keusahawanan pelajar SMKA berada pada tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan pelajar SMKA mempunyai tahap kemahiran keusahawanan yang baik di sebabkan persekitaran sekolah yang lebih terkawal jika. Dapatan juga menunjukkan pelajar SMKA juga mempunyai tekad yang tinggi untuk bergelar usahawan di masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Esmalaily Muhamad Akhsan, & Norasmah Othman. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DENGAN TEKAD KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3073