HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN EFIKASI GURU SEKOLAH RENDAH
Abstract
: Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan efikasi guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mengaplikasikan pendekatan tinjauan. Populasi kajian adalah 1398 orang guru sekolah rendah daerah Kuala Nerus, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 130 orang guru. Instrumen kajian tingkah laku kepimpinan guru besar ini terdiri daripada 49 item. Dimensi efikasi kendiri guru pula terdiri daripada tiga dimensi yang terdiri daripada 12 item keseluruhannya. Instrumen efikasi kendiri guru mempunyai nilai pekali Cronbach Alpha 0.92 dan instrumen tingkah laku kepimpinan guru besar 0.91. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi iaitu korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signfikan dan positif antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan tahap efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa tingkah laku kepimpinan guru besar dilihat sebagai salah satu pemangkin yang bertindak sebagai medium untuk memastikan guru-guru sentiasa komited untuk melaksanakan tugas sebagai pendidik dan kekal bermotivasi sepanjang perkhidmatan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Yusniza Yusof, Norazlinda Saad, & Surendran Sankaran. (2024). HUBUNGAN ANTARA TINGKAH LAKU KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN EFIKASI GURU SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3075
Issue
Section
Articles