BURNOUT DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SEBAB DAN IMPLIKASI

Authors

  • Laila Binti Ajang The Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Kamariah Abu Bakar The Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Burnout dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak dan faktor-faktor yang menyebabkan burnout akan mempengaruhi nilai dan kualiti, pencapaian pretasi serta perkhidmatan seseorang. Kajian ini mengkaji tahap burnout guru pendidikan awal kanak-kanak menerusi tiga simptom utama iaitu kelesuan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri dan seterusnya menganalisa punca penyumbang kepada gejala burnout serta implikasi burnout tehadap guru pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah campuran dan telah dijalankan dengan melibatkan seramai 165 orang guru pendidikan awal kanak-kanak di bahagian Samarahan dan Kuching Sarawak. Seramai lima orang responden di temubual. Soalan kaji selidik yang berkaitan dengan burnout telah diedarkan mengandungi 30 item manakala item bagi soalan temubual mengandungi 20 soalan. Data telah di analisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan tahap burnout dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak di Samarahan dan Kuching Sarawak berada di tahap yang rendah. Manakala faktor peribadi guru, faktor ekonomi dan juga faktor sosial telah dikenal pasti menjadi punca utama guru mengalami burnout. Burnout yang tidak terkawal memberikan memberikan impak negatif kepada guru yang dapat di lihat menerusi kesan kepada emosi, fizikal, kesihatan, sosial dan kerjaya guru pendidikan awal kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Laila Binti Ajang, & Kamariah Abu Bakar. (2024). BURNOUT DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: SEBAB DAN IMPLIKASI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3076