MANAGEMENT PANEL, THE QUALITY OF TEACHING AND COMMITMENT TO THE ACHIEVEMENT OF MALAY LANGUAGE IN SABAH STATE

Authors

  • Latifah Ayang Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Mohamad Khairuddin Abdullah Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen guru terhadap pencapaian Bahasa Melayu di Negeri Sabah. Pengurusan Panitia dilihat dalam aspek prinsip pengurusan panitia, sifat kendiri dan kemahiran pengurusan. Manakala kualiti pengajaran pula dilihat dari sudut dimensi persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran dan aspek tingkah laku. Seterusnya pembolehubah komitmen kerja dilihat dari aspek kesediaan untuk kekal dalam organisasi, komitmen kepada profesion perguruan dan komitmen terhadap pelajar. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan Teori Pengurusan Saintifik Taylor, Teori Vroom dan Teori Side Bet. Pengkaji telah menggumpul sebanyak 335 soal selidik yang telah dijawab dalam kalangan responden guru yang mengajar Bahasa Melayu dan mewakili seluruh Sekolah Menengah bantuan penuh kerajaan di Negeri Sabah dengan mengunakan persampelan berkelompok, persampelan cluster dan persampelan rawak mudah. Manakala data pula dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Versi 25.0. Ujian ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan analisis regrasi berganda telah digunakan untuk menganalisis data yang dikutip. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan panitia, kualiti pengajaran dan komitmen kerja berdasarkan faktor pengalaman mengajar tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan panitia dan kualiti pengajaran berdasarkan faktor kelulusan akademik. Dari segi hubungan pula, didapati bahawa terdapat korelasi positif yang signifikan antara pengurusan panitia dan pencapaian Bahasa Melayu. Manakala bagi pemboleh ubah kualiti pengajaran pula terdapat hubungan positif yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Melayu. Seterusnya terdapat hubungan yang signifikan antara Komitmen kerja Guru dan pencapaian Bahasa Melayu. Ujian regrasi berganda pula menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara komitmen kerja dengan pencapaian Bahasa Melayu. Pengkaji turut mencadangkan agar pihak berwajib bersama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sejajar dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Latifah Ayang, & Mohamad Khairuddin Abdullah. (2024). MANAGEMENT PANEL, THE QUALITY OF TEACHING AND COMMITMENT TO THE ACHIEVEMENT OF MALAY LANGUAGE IN SABAH STATE. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3077