ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN PONDOK DARI LENSA PEGAWAI JABATAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA

Authors

  • Maziahtusima Ishak Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Siti Rugayah Hj Tibek Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM
  • Zulkiple Abd.Ghani Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM
  • Mohd Muzhafar Idrus Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Hazlina Abdullah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Amir Husin Mohd Nor Fakulti Syariah & Undang-Undang, USIM
  • Noor Saazai Mat Saad Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Ramiaida Darmi Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Adibah Sulaiman @ Mohamed Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Setiyawan Gunardi Fakulti Syariah & Undang-Undang, USIM
  • Noornajihan Ja’afar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM
  • Noor Azizi Ismail Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
  • Hayati Ismail Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM

Abstract

Institusi pondok merupakan institusi terawal pendidikan Islam khususnya di Tanah Melayu. Kelahiran sekolah dan madrasah yang ditadbir oleh kerajaan dan juga swasta telah mengurangkan perkembangan pondok pada awal 90an. Namun begitu, pengajian pondok berkembang semula ekoran mendapat permintaan daripada masyarakat. Biarpun institusi ini merupakan institusi tertua, tinjauan yang dilakukan mendapati tidak ada penyelarasan dalam kurikulum atau pengajian yang diberikan. Kertas ini akan membincangkan beberapa aspek pendidikan di institusi pondok, terutamanya tentang cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pentadbir pondok dari sudut pandangan pegawai di Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri yang dijemput dalam satu sesi perbincangan meja bulat. Kaedah temubual yang dijalankan adalah temubual berkumpulan. Data temubual direkodkan, ditranskripsi dan dianalisa secara tematik dengan menggunakan perisian ATLAS ti. Kajian menunjukkan bahawa pengajian pondok semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Selain itu, terdapat tiga faktor utama yang menjadi cabaran kepada perkembangan pondok masa kini iaitu kurikulum, kewangan dan pengurusan pengajian pondok. Perhatian terhadap isu dan cabaran yang dihadapi oleh pendidikan pondok merupakan langkah awal yang bermakna dan wajar kerana ianya dapat memperkasa institusi pondok dalam konteks negara Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Maziahtusima Ishak, Siti Rugayah Hj Tibek, Zulkiple Abd.Ghani, Mohd Muzhafar Idrus, Hazlina Abdullah, Amir Husin Mohd Nor, Noor Saazai Mat Saad, Ramiaida Darmi, Adibah Sulaiman @ Mohamed, Setiyawan Gunardi, Noornajihan Ja’afar, Noor Azizi Ismail, & Hayati Ismail. (2024). ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN PONDOK DARI LENSA PEGAWAI JABATAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(31). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3078