KESAN TEKNIK PEER INSTRUCTION DENGAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER SEJARAH TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan teknik Peer Instruction dengan penggunaan sumber-sumber sejarah terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah dalam kalangan murid. Kajian ini merupakan kajian eksperimen dengan reka bentuk Pre-Experimental Design: One Group Pretest–Posttest Design yang melibatkan seramai 25 orang murid Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah harian melalui teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian pencapaian yang telah dibina oleh pengkaji yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang pendidikan sejarah serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian ANOVA dengan pengukuran berulang melalui perisian pengkomputeran IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid-murid dapat meningkatkan min pencapaian mata pelajaran sejarah yang lebih tinggi dalam ujian pasca dan ujian lanjutan daripada ujian pra secara berterusan walaupun selepas tamatnya intervensi. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada guru sejarah dalam merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah yang inovatif selaras dengan perkembangan pembelajaran abad ke-21.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
M. Kaviza. (2024). KESAN TEKNIK PEER INSTRUCTION DENGAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER SEJARAH TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3083
Issue
Section
Articles