INTERAKSI GURU DENGAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Abstract
Interaksi guru dengan kanak-kanak merupakan faktor penting dalam kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Melalui interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, kanak-kanak boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan dan membantu kanak-kanak berfikir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan interaksi guru dengan kanak-kanak yang berlaku semasa aktiviti bercerita menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan dokumen. Sesi rakaman video telah dijalankan sebanyak empat sesi yang berdurasi 30 minit setiap sesi di kelas prasekolah sewaktu aktiviti bercerita. Kemudian video tersebut dianalisis untuk mengenalpasti amalan interaksi antara guru dengan kanak-kanak menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Sesi temu bual juga turut dijalankan bersama seorang guru sebagai sokongan kepada dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru menggunakan kemahiran berfikir aras rendah sahaja. Melalui hasil kajian yang dijalankan, para guru perlu mencari jalan untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dan dapat menjana daya pemikiran kanak-kanak dengan lebih baik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zaharah Osman, Azizah Zain, & Mazlina Che Mustafa. (2024). INTERAKSI GURU DENGAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3084
Issue
Section
Articles