LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA

Authors

  • Wan Hussain Wan Ishak Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia.
  • Fadhilah Mat Yamin Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia.

Abstract

Literasi ICT atau kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pelajar merupakan salah satu aspek penting dalam pendidikan masa kini. Ini kerana pada masa kini, ICT merupakan salah satu pemangkin utama kemajuan sesebuah negara. Revolusi industri 4.0 misalnya, menekankan pengunaan ICT dalam setiap aspek operasi organisasi. Organisasi yang tidak menggunakan ICT akan ketinggalan dan lemah daya saing mereka berbanding organisasi lain. Selaras dengan itu, pihak industri memerlukan pelajar yang berkemahiran tinggi bagi membolehkan mereka maju kehadapan seiring dengan pesaing mereka. Sehubungan itu, kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar bagi mengukur tahap literasi ICT mereka. Secara keseluruhannya, tahap literasi semasa pelajar adalah baik terutama dalam aspek penggunaan perisian aplikasi. Walau bagaimanapun aspek pengetahuan teknikal seperti memasang dan menggunakan peralatan ICT, tahap literasi pelajar adalah sederhana. Dapatan ini menunjukkan pelajar masih perlu meningkatkan tahap literasi ICT mereka melalui latihan dan amalan ICT yang konsisten sepanjang pengajian mereka di universiti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wan Hussain Wan Ishak, & Fadhilah Mat Yamin. (2024). LITERASI ICT DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3086