KEPUASAN KERJA DAN EFIKASI GURU TINGKATAN ENAM DI PANTAI BARAT SABAH

Authors

  • Ling Lin Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Mohamad Nizam Bin Nazarudin Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.
  • Zakiah Binti Noordin Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah, Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi menentukan hubungan dan pengaruh kepuasan kerja terhadap efikasi guru-guru tingkatan enam di Pantai Barat Sabah. Kajian kuantitatif ini adalah bagi turut meninjau interaksi antara dimensi-dimensi dalam kepuasan kerja dan efikasi guru. Instrumen yang terlibat dalam kajian ini adalah Job Satisfaction Survey (JSS) dan Teachers’s Sense of Efficacy Scale (TSES) bagi mengumpul data daripada 180 responden daripada 16 buah pusat tingkatan enam di tiga daeah di Pantai Barat Sabah. Persampelan rawak berlapis bertujuan digunakan dalam pemilihan responden dalam kalangan guru akademik tingkatan enam berdasarkan mod. Data dianalisis menggunakan ANOVA satu hala, korelasi Pearson dan regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja dan efikasi guru dalam ketiga-ketiga mod pusat tingkatan enam. Analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan yang kuat antara kepuasan kerja dengan efikasi guru (r =.832**, p < .01). Kepuasan kerja menyumbang sebanyak 85.6 % perubahan varians dalam efikasi guru. Justeru, implikasi kajian terhadap teori dan amalan serta saranan kepada pihak sekolah, pembuat dasar dan cadangan kajian lanjutan dicadangkan dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ling Lin, Mohamad Nizam Bin Nazarudin, & Zakiah Binti Noordin. (2024). KEPUASAN KERJA DAN EFIKASI GURU TINGKATAN ENAM DI PANTAI BARAT SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3087