PENGARUH ANTARA GAYA PEMBELAJARAN MURID DAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER SEJARAH
Abstract
Kajian berbentuk tinjauan secara korelasi ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada gaya pembelajaran murid mempunyai hubungan terhadap penggunaan sumber-sumber sejarah. Seramai 521 orang murid Tingkatan Empat terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang telah diadaptasi, disahkan pakar dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik inferensi iaitu ujian korelasi Pearson dan ujian regresi pelbagai melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang amat tinggi yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan penggunaan sumber-sumber sejarah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Tambahan pula, gaya berkumpulan, gaya visual, gaya bersendirian dan gaya auditori didapati menyumbang kepada penggunaan sumber-sumber sejarah secara signifikan. Implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa penggunaan sumber-sumber sejarah perlu diterapkan secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan mengambil kira aspek gaya pembelajaran murid.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
M. Kaviza. (2024). PENGARUH ANTARA GAYA PEMBELAJARAN MURID DAN PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER SEJARAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3092
Issue
Section
Articles