PENERIMAAN GURU DENGAN PELAKSANAAN SISTEM MAKLUMAT MURID DAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID DALAM PENGURUSAN DATA MURID
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti pelaksanaan Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dalam Pengurusan Data Murid. Semua sekolah menengah kebangsaan di daerah Lahad Datu dijadikan lokasi kajian. Kajian ini melibatkan seramai 181 sampel daripada keseluruhan populasi berjumlah 346 guru kelas. Sampel kajian yang dipilih adalah menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Analisis kajian ini melibatkan statistik deskriptif dan analisis inferens. Data-data diperoleh melalui soal selidik dengan menggunakan Skala Likert. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0 untuk menentukan frekuensi, peratus, min, sisihan piawai, dan pekali Pearson. Dalam kajian ini didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penerimaan guru dalam pelaksanaan SMM dan APDM. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara SMM dan Pengurusan Data Murid serta APDM dan Pengurusan Data Murid, namun kedua – dua pemboleh ubah tidak bersandar ini tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan pemboleh ubah bersandar. Walakin begitu, hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang kuat di antara SMM dan APDM kerana kedua-dua sistem ini mempunyai fungsi yang sama.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norin Farizah Mohd Nuin, & Abdul Said Ambotang. (2024). PENERIMAAN GURU DENGAN PELAKSANAAN SISTEM MAKLUMAT MURID DAN APLIKASI PANGKALAN DATA MURID DALAM PENGURUSAN DATA MURID. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3096
Issue
Section
Articles