KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH DALAM PENGAJARAN AL QURAN WA AL-HIFZ KURIKULUM DINI SABK DI PERAK
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan Talaqqi Musyafahah pengajaran Al Quran Kurikulum Dini di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Perak, mengkaji tahap penguasaan bacaan Al Quran dan hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan penguasaan bacaan Al Quran pelajar SABK. Maklumat kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif melalui soal selidik dengan melibatkan 304 orang pelajar tingkatan empat SABK di negeri Perak. Data kajian yang dikumpul, diproses dengan menggunakan perisian windows SPSS versi 22.0. Penemuan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan Talaqqi Musyafahah berada pada tahap tinggi (min=4.15,sp.=0.65) dan penguasaan bacaan al Quran pelajar adalah tinggi (min=4.28,sp.=0.52). Kajian juga menunjukkan juga bahawa wujudnya hubungan yang sederhana tinggi (r=0.514, p<0.01) antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan penguasaan bacaan Al Quran. Secara keseluruhan, hubungan antara pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dengan tahap penguasaan adalah kukuh. Ini membuktikan talaqqi Musyafahah penting dalam pengajaran dan pembelajaran al –Quran. Implikasi daripada kajian menunjukkan pelaksanaan Talaqqi Musyafahah dapat meningkatkan penguasaan bacaan al Quran pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norhisham bin Muhamad, Azmil bin Hashim, Wahyu Hidayat Bin Abdullah, Muhammad Akramin Bin Kamarul Zaman, & Fatin Ardani Binti Zamri. (2024). KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH DALAM PENGAJARAN AL QURAN WA AL-HIFZ KURIKULUM DINI SABK DI PERAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3103
Issue
Section
Articles