PENGARUH PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI GURU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Authors

  • Mohammad Azri Bin Amatan SMK Bahang, Penampang
  • Crispina Gregory K Han Unit for Rural Education Research, Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah (U

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru terhadap Amalan PdP Abad Ke-21 guru-guru sekolah menengah daerah Penampang. Teknik pensampelan rawak berstrata berkadar digunakan terhadap 329 orang guru sebagai responden. Kajian kuantitatif tinjauan ini dilakukan melalui pengumpulan data menggunakan set borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik diskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Secara keseluruhannya, tahap Persekitaran Psikososial Sekolah dilaporkan sederhana, tahap Efikasi Kendiri Guru dan Amalan PdP Abad Ke-21 masing-masing dilaporkan adalah tinggi. Keputusan ujian Korelasi (Pearson Product-Moment) mendapati hubungan rendah ke sederhana yang signifikan antara Persekitaran Psikososial Sekolah dengan Amalan PdP Abad Ke-21. Manakala, hubungan sederhana ke tinggi yang signifikan antara Efikasi Kendiri Guru dengan Amalan PdP Abad Ke-21. Keputusan ujian Regresi Pelbagai (Stepwise) mendapati Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru menyumbang sebanyak 31.8% terhadap Amalan PdP Abad Ke-21. Sebagai maklum balas, penyelidik mengemukakan cadangan untuk diberi perhatian oleh pihak berkepentingan. Implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan dan dicadangkan bagi penyelidikan masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohammad Azri Bin Amatan, & Crispina Gregory K Han. (2024). PENGARUH PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI GURU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3104