KETARA SEDAR SEKOLAH (SCHOOL MINDFULNESS): TINJAUAN KONSEPTUAL TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)

Authors

  • Nur Syarima Shafiee Fakulti Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Polisi, UUM.
  • Mariny Abdul Ghani Fakulti Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Polisi, UUM.
  • Yahaya Mahamood Fakulti Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Polisi, UUM.

Abstract

Kemunculan dunia informasi dan teknologi maklumat menuntut transformasi sistem pendidikan ke arah landskap pendidikan abad ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjangkakan kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) ini akan dibudayakan di semua sekolah menjelang Gelombang 3 PPPM (2021-2025). Walau bagaimanapun, hasrat KPM ini tidak akan berjaya tanpa dedikasi dan iltizam guru serta pengetua sekolah. Oleh itu, bagi merealisasikan PAK21, komitmen pengetua dan kesediaan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdPc) perlu dititik beratkan supaya aspirasi pendidikan negara dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun salah satu faktor yang menghalang kejayaan perlaksanaan PAK21 ialah sikap dan persepsi guru. Guru yang tidak terbuka kepada perubahan sukar untuk meninggalkan kaedah pedagogi tradisional dan menerima pembelajaran secara ketara sedar (mindful learning) yang merupakan antara elemen PAK21. Kebanyakan guru masih kurang mengaplikasikan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan masih selesa menggunakan kaedah syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran. Selain itu, guru dilaporkan masih tidak bersedia melaksanakan PAK21 walaupun telah diberikan latihan berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdPc. Lima prinsip utama berdasarkan teori ketara sedar (mindfulness) telah dikenal pasti sebagai faktor ketara sedar sekolah (school mindfulnes) bagi membantu guru agar lebih bersedia menerima perubahan pedagogi terkini

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Syarima Shafiee, Mariny Abdul Ghani, & Yahaya Mahamood. (2024). KETARA SEDAR SEKOLAH (SCHOOL MINDFULNESS): TINJAUAN KONSEPTUAL TERHADAP AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3105