PROBLEM BASED LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Authors

  • Mohamed Ali Haniffa Universiti Utara Malaysia
  • Mohan Rathakrishnan Universiti Utara Malaysia
  • Salmah Omar Universiti Utara Malaysia
  • Nor Hanani Ismail Universiti Utara Malaysia

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai pelaksanaan Problem Based Learning (PBL) dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus ini merupakan teras universiti dan perlu diambil sebagai prasyarat utama dalam proses pengijazahan. Namun cabaran besar yang sering dihadapi oleh tenaga pengajar ialah kursus ini sangat membosankan dan tidak menarik. Bilangan pelajar yang ramai dalam bilik kuliah dan pendekatan pengajaran tradisional membuatkan pelajar-pelajar berasa bosan dan tidak menarik. PBL merupakan model berfokuskan Student Centered Learning (SCL) dan mampu mengubah iklim bilik kuliah menjadi kondusif. Menyedari kekangan yang bakal dihadapi dalam menyampaikan kursus ini, model PBL diaplikasikan bagi meningkatkan minat dan tahap pencapaian pelajar dalam kursus Kenegaraan Malaysia. Kajian ini berbentuk analisis deskriptif mudah yang menggunakan pendekatan pengumpulan maklumat melalui pemerhatian, aktiviti yang berfokuskan SCL dan perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion). Hasil kajian mendapati bahawa kaedah SCL mampu meningkatkan minat dan tahap pencapaian pelajar dalam kursus Kenegaraan Malaysia di UUM.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamed Ali Haniffa, Mohan Rathakrishnan, Salmah Omar, & Nor Hanani Ismail. (2024). PROBLEM BASED LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3108