PERANAN KAUNSELOR DALAM MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH

Authors

  • Siti Hajar Johari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Siti Nor Aisyah Akhwan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Restu Nabila Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Jeffery Apdal Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

Abstract

Masalah ponteng sekolah merupakan satu masalah yang serius di dalam dunia pendidikan dan ia memerlukan peranan kaunselor bagi menangani masalah ini di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami peranan kaunselor bagi menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan mengenalpasti faktor yang menjadi faktor dominan antara empat faktor ponteng sekolah di kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang kaunselor dari tiga buah sekolah yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan pernah mengendalikan sesi dalam menangani berkaitan isu ponteng sekolah. Data Kajian diperolehi melalui teknik temubual separa berstruktur. Dapatan menyatakan peranan kaunselor dalam isu ponteng sekolah ialah menjalankan perkhidmatan kaunseling secara profesional bersama pelajar ponteng dan mempelbagaikan program kaunseling yang bersesuaian dengan pelajar ponteng sekolah. Faktor persekitaran pelajar seperti keluarga dan tempat tinggal pelajar dan faktor guru matapelajaran antara faktor dominan penyumbang isu ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kesimpulannya, hubungan baik antara kaunselor, guru dan pelajar ponteng ini amat perlu bagi membendung isu ini dari berlarutan. Kajian ini memberikan implikasi kepada bidang keilmuan dan amalan kaunseling dan implikasi kepada penyelidik akan datang. Maklumat daripada kajian ini boleh digunakan oleh kaunselor sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah sebagai salah satu langkah untuk membendung budaya ponteng sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Hajar Johari, Dharatun Nissa Fuad Mohd Karim, Siti Nor Aisyah Akhwan, Restu Nabila, & Jeffery Apdal. (2024). PERANAN KAUNSELOR DALAM MENANGANI MASALAH PONTENG SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3112