PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI PELAJAR DALAM BAHASA ARAB: SEJAUH MANA PENGAJARAN GURU MEMAINKAN PERANAN?

Authors

  • Mohammad Haafiz bin Ahmid Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Malaysia.
  • Mohd Khairuddin@Jerry bin Abdullah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Malaysia.

Abstract

Pembelajaran regulasi kendiri membolehkan pelajar menjadi aktif dan autonomi dalam pembelajaran mereka yang merangkumi aspek metakognitif, motivasi dan tingkah laku untuk mencapai objektif pembelajaran mereka sendiri. Dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, beberapa kajian lepas mendapati kebergantungan pelajar tehadap guru sepenuhnya untuk mendapatkan pengetahuan. Pelajar kurang didedahkan dengan pembelajaran regulasi kendiri yang bepotensi meningkatkan kemampuan belajar secara aktif. Guru kurang mempromosikan pembelajaran regulasi kendiri kerana mereka sendiri mungkin tidak menguasai cara tersebut. Hal ini boleh menyebabkan pelajar menjadi pasif di tambah lagi Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang mencabar bagi yang bukan penutur jati. Oleh yang demikian, kajian ini telah menjelaskan keberkesanan pengajaran guru dalam menggalakkan pembelajaran regulasi kendiri dalam kalangan pelajar bahasa Arab. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini serta Student Evaluation of Teaching Effectiveness Rating Scales (SETERS) dan Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) sebagai instrumen kajian. Data dikumpul dari 542 pelajar Bahasa Arab dan diproses dengan analisis Korelasi Pearson. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati hubungan signifikan antara guru yang mengajar dan pembelajaran kendiri di kalangan pelajar. Oleh itu, guru perlu memastikan pengajaran mereka dapat merangsang dan menggalakkan pembelajaran regulasi kendiri dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan prestasi bahasa Arab di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohammad Haafiz bin Ahmid, & Mohd Khairuddin@Jerry bin Abdullah. (2024). PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI PELAJAR DALAM BAHASA ARAB: SEJAUH MANA PENGAJARAN GURU MEMAINKAN PERANAN?. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(32). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3113