KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INTRUMEN KESEDIAAN GURU, PENGETAHUN TEKNOLOGI DAN PENGETAHUAN PEDAGOGI GURU SAINS TERHADAP PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Authors

  • Chieng You Eng Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Tan Choon Keong Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengesahkan instrumen untuk menilai mengukur aspek kesediaan guru, pengetahun teknologi, pengetahuan pedagogi terhadap pengintegrasian teknologi dalam Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah menengah. Kesahan kandungan instrumen ini telah melibatkan tiga orang pakar dalam bidang masing-masing. Manakala, kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen telah disemak dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) Versi 25.0. Seramai 100 orang guru Sains telah terlibat dalam kajian rintis ini. Muatan faktor untuk setiap item adalah lebih daripada 0.5 dan berada dalam julat 0.55 hingga 0.84. Manakala kebolehpercayaan nilai alfa adalah dalam julat 0.91 hingga 0.95. Keputusan kesahan dan kebolehpercayaan ini menunjukkan instrumen sesuai digunakan dalam kajian sebenar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chieng You Eng, & Tan Choon Keong. (2024). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INTRUMEN KESEDIAAN GURU, PENGETAHUN TEKNOLOGI DAN PENGETAHUAN PEDAGOGI GURU SAINS TERHADAP PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3117