TAHAP PENCAPAIAN BAHASA CINA DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Authors

  • Chew Fong Peng Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
  • Tan Chor Ter SJKC Yu Hwa, Kajang
  • Fonny Hutagalung Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan Bahasa Cina guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Guru-guru pelatih yang dipilih terdiri daripada dua program yang berbeza, iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (PDPLI). Seramai 389 orang sampel dipilih daripada 16 buah institut pendidikan guru di seluruh negara dengan kaedah persampelan berkelompok dan rawak mudah. Instrumen kajian ini terdiri daripada ujian bahasa Cina yang digunakan untuk mengukur prestasi pencapaian bahasa Cina serta soal selidik yang bertujuan untuk mengukur penguasaan tahap kemahiran bahasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa keputusan ujian Bahasa Cina bagi guru pelatih PISMP menunjukkan peratusan kelulusan setinggi 99.63%, manakala guru pelatih DPLI memperolehi 72.28%. Seterusnya, perbandingan secara keseluruhan mendapati majoriti guru pelatih menguasai kemahiran bahasa dengan baik dalam kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis. Namun begitu, ujian-t menunjukkan keputusan ujian-t bahawa terdapat perbezaan pencapaian Bahasa Cina yang signifikan antara responden program PISMP dan responden DPLI dengan t = 19.76, p < .05, η = .67. Ini bererti tahap penguasaan kemahiran bahasa guru pelatih PISMP adalah lebih baik daripada guru pelatih DPLI. Oleh itu, para guru pelatih Melayu haruslah kerap bergaul dengan penutur jati untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasa, linguistik dan ilmu budaya Cina, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran mereka di dalam kelas.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chew Fong Peng, Tan Chor Ter, & Fonny Hutagalung. (2024). TAHAP PENCAPAIAN BAHASA CINA DALAM KALANGAN GURU PELATIH DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3119