PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Authors

  • Alizah Lambri Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • Zamri Mahamood Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstract

: Kajian ini bertujuan melihat alat dan bahan bantu mengajar (ABM/BBM) yang digunakan oleh pensyarah dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar di institusi pengajian tinggi. Dalam kajian ini, pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar hanya dilihat dalam satu kursus Bahasa Melayu sahaja. Kajian ini melibatkan seorang pensyarah Bahasa Melayu sebagai peserta kajian utama, manakala pelajar yang terlibat semasa proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh kajian dibuat turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian mendapati, terdapat pelbagai ABM/BBM yang digunakan oleh pensyarah bagi tujuan menggalakkan penglibatan aktif pelajar mengikuti sesi pembelajaran. Walau bagaimanapun, bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih lancar bersesuaian dengan perkembangan pedagogi abad ke-21 serta bagi menyahut cabaran Education 4.0, para pensyarah disarankan agar lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini agar pelbagai ABM/BBM dapat digunakan di dalam kelas bersesuaian dengan perkembangan dunia pendidikan kini yang tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Alizah Lambri, & Zamri Mahamood. (2024). PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3120