KESEDIAAN GLOBAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Authors

  • Azizah Zain Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.
  • Jamilah Mohd Basir Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.
  • Zaharah Osman Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.
  • Elyssa Heinzie anak Josin Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk untuk mengenalpasti pengetahuan kesediaan global kanak-kanak yang berumur enam tahun di prasekolah berasaskan tujuh aspek global iaitu(a) kemahiran komunikasi dan kebolehan berbahasa pelbagai (b) kemahiran ICT (c) kepelbagaian budaya (d) kemahiran berfikir aras tinggi (e) kemahiran pemeliharaan alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soaljawab bertulis berdasarkan gambar dengan melihat beberapa aspek yang diperincikan daripada tujuh aspek yang dinyatakan. Sampel kajian terdiri daripada lapan puluh empat orang kanak-kanak prasekolah dari lima buah prasekolah daerah Mualim, Perak. Data dianalisis dengan melihat perbezaan min dalam pengetahuan Kesediaan Global. Dapatan menunjukkan pengetahuan kanak-kanak yang paling tinggi adalah pengetahuan dalam bahasa (min=.90) dan komunikasi (min=.87) dan pengetahuan kanak-kanak dalam kemahiran pemeliharaan alam sekitar dan keselamatan (min= .90) adalah yang paling rendah daripada kesemua aspek yang dilihat. Dapatan ini menunjukkan kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalam kesediaan global untuk menyediakan mereka dengan pengetahuan berdasarkan ketujuh aspek tersebut supaya mereka lebih bersedia menghadapi senario yang sentiasa berubah di peringkat global. Diharap pendidik di peringkat prasekolah dapat merancang aktiviti yang lebih memberi pendedahan kepada kesediaan global kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Azizah Zain, Jamilah Mohd Basir, Zaharah Osman, & Elyssa Heinzie anak Josin. (2024). KESEDIAAN GLOBAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3125