PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BAHANG TERHADAP PROGRAM KITAR SEMULA

Authors

  • Chong Oi Min Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Mohammad Tahir Mapa Geografi Alam sekitar, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malay

Abstract

Isu pengurusan sisa pepejal melalui program kitar semula di negara kita telah lama diperdebatkan. Namun, isu ini masih tidak diambil perhatian yang sewajarnya. kadar kitar semula masih rendah iaitu hanya 11 peratus berbanding negara maju yang sudah mencecah 70 peratus. Keadaan ini semakin membimbangkan kerana impaknya kepada kebersihan dan kesihatan serta keluasan tapak pelupusan sampah yang semakin terhad. Oleh itu, salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut adalah melalui pelaksanaan pelbagai program kitar semula di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi dan penglibatan pelajar terhadap pelbagai program kitar semula. Kitar semula merupakan satu usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan yang telah digunakan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan mengaplikasikan pendekatan kuantitatif. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dengan menggunakan instrumen soal selidik. Statistik deskriptif dengan peratusan diperolehi untuk digunakan dalam analisis kajian. Sampel kajian melibatkan pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak di sebuah sekolah menengah yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap pelaksanaan program kitar semula. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar sekolah mengetahui adanya pelbagai program kitar semula dan mereka juga sedar terhadap kepentingan kitar semula akan tetapi untuk mempratikkan amalan ini adalah agak sukar. Analisis keseluruhan menunjukkan persepsi dan penglibatan pelajar terhadap program kitar semula adalah rendah. Justeru itu, semua pihak dalam sekolah harus mengembeling tenaga dan usaha untuk memastikan pelajar menyedari kepentingan pelaksanaan program kitar semula agar mampu mengatasi masalah sampah di sekolah yang seterusnya memupuk amalan kitar semula dalam diri pelajar. Diharapkan agar pihak sekolah dapat merancang satu pendekatan baru yang lebih komprehensif untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap pelbagai program kitar semula, sekaligus dapat mendidik pelajar cintai alam sekitar dan menjaga kebersihan kawasan sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chong Oi Min, & Mohammad Tahir Mapa. (2024). PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BAHANG TERHADAP PROGRAM KITAR SEMULA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3126