PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELALUI PENDEKATAN KITAR SEMULA DI SEKOLAH

Authors

  • Chong Oi Min Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
  • Mohammad Tahir Mapa Geografi Alam Sekitar, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malay

Abstract

Perkembangan bandar yang pesat mengakibatkan pertambahan dalam peranan dan jumlah penduduknya. Salah satu isu kritikal hingga kini adalah pertambahan jumlah sisa pepejal yang semakin serius di semua sekolah. Pelbagai cara telah dan sedang dilaksanakan di peringkat nasional mahupun di peringkat global. Walau bagaimana pun, setiap satu cara tersebut mesti mendapat kritikan dalam beberapa aspek termasuklah kos pengurusan yang tinggi ataupun kesan kebersihan kepada alam sekitar. Namun, cara yang terbaik setakat ini untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal adalah melalui kaedah kitar semula. Kitar semula telah dibuktikan antara cara yang terbaik dalam mengurus sisa pepejal. Walaupun dikritik akibat kegagalannya merealisasikan kebenaran dari dapatan kajian tetapi bagi kebanyakkan pengkaji sekarang ia masih merupakan alternatif terbaik untuk mengurus sisa pepejal di sekolah. Kajian ini cuba untuk menjelaskan dan mengenal pasti aspek yang menjadi elemen penting dalam mengurus kitar semula iaitu penglibatan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan pembersih dan masyarakat setempat dalam projek kitar semula. Dalam kajian ini, beberapa elemen juga dilihat dalam menganalisa penglibatan dan kesedaran pelajar dalam menjayakan projek kitar semula di sekolah melalui model Dick dan Reiser. Responden untuk kajian ini terdiri daripada pelajar dan guru di dua buah sekolah menengah di Daerah Penampang, Sabah. Pengkaji telah menggunakan metolodogi iaitu reka bentuk kualitatif jenis fenomenologi untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan model ini. Kaedah temu bual dan pemerhatian telah digunakan untuk mendapatkan data kajian dengan sedalamnya. Dengan kesedaran dan penglibatan pelajar dalam projek kitar semula, kita dapat lihat jumlah sampah di sekolah telah dikurangkan kerana sebahagian besar pelajar telah mengamalkan kitar semula.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Chong Oi Min, & Mohammad Tahir Mapa. (2024). PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELALUI PENDEKATAN KITAR SEMULA DI SEKOLAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3127