WACANA DALAM BILIK DARJAH PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT: ANALISIS WACANA KRITIS
Abstract
Kajian ini melihat penggunaan wacana di dalam bilik darjah bagi pelajar pintar dan berbakat yang mana proses sosial yang terselindung dalam giliran tutur, jenis soalan yang ditanya guru, kawalan wacana dan keseluruhan struktur wacana (Aman, I. & Mustafa, R. (2006). Analisis yang digunakan adalah berdasarkan kerangka teori Analisis Wacana Kritis (CDA) oleh Fairclough, N. Kebiasannya, proses komunikasi pelajar-pelajar di dalam kelas umumnya di katakan berlaku sehala sahaja. Dalam proses pengajaran, guru dikatakan akan menguasai perbualan di dalam kelas berbanding keterlibatan pelajar. Namun,, kajian ini melihat perbezaan antara jika terdapat penguasaan komunikasi antara pelajar pintar dan cerdas berbanding pelajar sekolah harian biasa. Pelajar pintar dan cerdas dikategorikan sebagai golongan pelajar yang mempunyai kelebihan dari segi ketinggian IQ, EQ dan pengetahuan kognitif yang tinggi. Sikap dan personaliti pelajar pintar dan berbakat yang pelbagai ini menjadikan kajian untuk mengkaji proses wacana di dalam bilik darjah sesuatu yang menarik. Kajian ini mengambil rakaman audio pengajaran dan pembelajaran kelas Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa fitur wacana dalam bilik darjah yang dapat dikenal pasti. Hal ini menunjukkan telah berlaku proses interaksi antara pelajar dan guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mariati Mokhtar, & Mazliza Mohtar. (2024). WACANA DALAM BILIK DARJAH PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT: ANALISIS WACANA KRITIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3130
Issue
Section
Articles