IMPLIKASI STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DAN PERSEKITARAAN TERHADAP KECICIRAN MURID INDIA: KAJIAN KES DI PUCHONG

Authors

  • Ghandi Mathi A/P S Dharmalingam Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG), Pusat Pengajian Undang-undang Kerajaan dan Pen
  • R. Sivaperagasam P. Rajanthiran Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara

Abstract

Keciciran dalam kalangan murid India haruslah diberikan perhatian penting kerana menjadi punca utama penigkatan gejala sosial melibatkan remaja India. Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada keciciran murid India di sekolah menengah. Kajian ini memfokuskan faktor sosioekonomi dan persekitaran terhadap keciciran murid India; mendedahkan kesan keciciran murid India dan mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi keciciran dalam kalangan murid India. Kajian ini dilaksanakan dibeberapa kawasan di bandar Puchong. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah menengah di bandar Puchong. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu temu bual pemerhatian dan penelitian dokumentasi. Responden terdiri daripada 6 orang murid tercicir yang terdiri daripada golongan B40. Hasil dapatan kajian jelas menunjukan bahawa keadaan sosioekonomi keluarga yang kurang memuaskan dan persekitaran murid merupakan faktor yang menyumbangkan kepada peningkatan masalah keciciran murid India di alamm persekolahan menengah. Kesan keciciran murid ini dibincang dengan mendalam dan beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi serta mengurangkan masalah keciciran murid India.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ghandi Mathi A/P S Dharmalingam, & R. Sivaperagasam P. Rajanthiran. (2024). IMPLIKASI STATUS SOSIOEKONOMI KELUARGA DAN PERSEKITARAAN TERHADAP KECICIRAN MURID INDIA: KAJIAN KES DI PUCHONG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(33). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3135