KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP MOTIVASI INTRINSIK DALAM SUBJEK PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PTA1) DI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER

Authors

  • Wan Hafiidzull Wan Rashid Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Che Ghani Che Kob Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Arman Shah Abdullah Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Subjek Projek Tahun Akhir 1 (PTA1) merupakan teras penyediaan cadangan projek dan pelaksanaan awal projek. Namun cabaran besar sering dihadapi oleh pelajar yang berpendapat kurangnya motivasi dalaman dan kesukaran untuk memahami subjek yang bersifat abstrak kerana pendekatan pembelajaran secara konvensional oleh tenaga pengajar. Matlamat kajian ini adalah untuk membina Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (M-PBPj) bagi subjek PTA1 dan menilai kesannya terhadap tahap motivasi intrinsik pelajar. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui kuasi-eksperimen kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini melibatkan 91 orang pelajar sebagai sampel di Kolej Vokasional Slim River Perak, Malaysia. Kuasi-eksperimen digunakan dalam kajian kerana kaedah ini mampu menunjukkan kesan penggunaan pemboleh ubah mengikut dua tempoh masa pra dan pasca. Keberkesanan M-PBPj dinilai melalui ujian-t sampel berpasangan dan sampel tidak berpasangan menggunakan soal selidik Intrinsik Motivation Inventori (IMI). Penyelidik mencadangkan supaya penggunaan M-PBPj ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Projek Tahun Akhir 1 (PTA1) agar dapat meningkatkan tahap motivasi intrinsik pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wan Hafiidzull Wan Rashid, Che Ghani Che Kob, & Arman Shah Abdullah. (2024). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK TERHADAP MOTIVASI INTRINSIK DALAM SUBJEK PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PTA1) DI KOLEJ VOKASIONAL SLIM RIVER. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3146