PENGALAMAN EMOSI SEMASA HAJI: KAJIAN LITERATUR
Abstract
Ibadat haji merupakan sebuah penziarahan terbesar ke Mekah, Saudi Arabia dan pengumpulan atau perhimpunan paling lama di dunia. Setiap tahun hampir dua juta umat Islam dari 140 buah negara akan hadir untuk menjalankan ibadah haji pada musim haji. Jemaah haji secara umumnya ditemani oleh ahli keluarga, rakan-rakan atau bersendirian. Pada masa yang sama, mereka juga akan berinteraksi dengan individu asing dari pelbagai negara dan budaya yang berlainan. Dalam situasi ini, aktiviti yang dilakukan menjadi agak merumitkan dan mereka kerap berinteraksi serta menyebabkan jemaah haji mengalami emosi yang kompleks dan dinamik. Ibadat haji juga memberikan situasi yang mistik serta pengalaman kerohanian kepada mereka. Hal ini juga cenderung memberi kesan dan ekspresi emosi yang pelbagai dalam diri jemaah haji semasa menunaikan ibadah haji. Artikel ini membincangkan pelbagai bentuk emosi yang dilaporkan atau diperhatikan semasa pengalaman kerohanian dan akan mengaitkan dengan perbincangan yang lebih spesifik dalam konteks haji.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zhooriyati Sehu Mohamad, & Intan Hashimah Mohd Hashim. (2024). PENGALAMAN EMOSI SEMASA HAJI: KAJIAN LITERATUR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3148
Issue
Section
Articles