KESAN PENSKALAAN TINGGI JARING TERHADAP PRESTASI PELUANG PUKULAN PERMAINAN BADMINTON DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Authors

  • Henry Kota Pirak Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohamad Nizam Nazarudin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Pathmanathan K. Suppiah Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi peluang pukulan permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Peserta kajian terdiri daripada 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun yang dipilih secara rawak. Peserta telah dibahagikan kepada 24 pasangan yang setara dari segi jantina dan tahap kemahiran (lelaki, n=12, perempuan, n=12). Prosedur kajian melibatkan peserta bermain secara berpasangan menggunakan empat situasi tinggi jaring iaitu situasi A (155 cm), situasi B (127.66 cm), situasi C (117.44 cm) dan situasi D (104.68 cm). Susunan perlawanan antara keempat-empat situasi dijalankan secara timbal-balik. Semua perlawanan dijalankan menggunakan sistem pertandingan perseorangan dengan kiraan 11 mata. Setiap situasi terdiri daripada dua set perlawanan. Data prestasi peluang pukulan telah dikumpul menggunakan rakaman video. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang. Keputusan Mauchly’s Test of Sphericity menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min prestasi peluang pukulan yang signifikan antara keempat-empat situasi tinggi jaring [F(2.30, 52.88)=30.37, p<.05]. Berdasarkan keputusan ini, kanak-kanak yang bermain menggunakan situasi tinggi jaring modifikasi menunjukkan prestasi peluang pukulan yang tinggi berbanding situasi tinggi jaring piawai. Kajian ini menunjukkan bahawa dengan memanipulasi kekangan tugasan melalui penskalaan tinggi jaring mampu meningkatkan prestasi peluang pukulan dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Henry Kota Pirak, Mohamad Nizam Nazarudin, & Pathmanathan K. Suppiah. (2024). KESAN PENSKALAAN TINGGI JARING TERHADAP PRESTASI PELUANG PUKULAN PERMAINAN BADMINTON DALAM KALANGAN KANAK-KANAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3154