APLIKASI TERAPI SANDTRAY DALAM MENANGANI KONFLIK KLIEN DEWASA

Authors

  • Siti Suria Bahrudin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Ku Suhaila Ku Johari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Terapi Sandtray merupakan salah satu pendekatan yang berkesan untuk diaplikasikan dalam membantu klien meneroka diri dan menyelesaikan masalah emosi. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang membincangkan tentang penggunaan Terapi Sandtray sebagai intervensi kreatif dalam proses kaunseling. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Terapi Sandtray dalam sesi kaunseling terhadap isu konflik yang dialami klien dewasa. Peserta kajian melibatkan seorang klien berumur 19 tahun yang mengalami konflik hubungan keluarga dan konflik diri. Tiga sesi kaunseling individu dengan pendekatan Terapi Sandtray telah dilaksanakan untuk meneroka masalah klien. Setiap sesi mengambil masa selama satu jam dan dijalankan sebanyak seminggu sekali. Hasil kajian mendapati Terapi Sandtray membantu klien untuk mengekspresikan masalah dirinya dengan lebih terbuka. Klien juga mendapat celik akal bagaimana untuk mengatasi masalah dan konflik yang dihadapi. Terapi Sandtray juga memberikan kesan positif dari segi emosi, tingkah laku dan pemikiran klien. Terapi Sandtray boleh diperluaskan penggunaannya kerana ianya memberi impak positif kepada klien semasa terapi sedang dijalankan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Suria Bahrudin, & Ku Suhaila Ku Johari. (2024). APLIKASI TERAPI SANDTRAY DALAM MENANGANI KONFLIK KLIEN DEWASA . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3156