PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
Abstract
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk melihat pengaruh efikasi kendiri terhadap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah. Bahasa Arab adalah salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah dan peradaban manusia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan ke atas 200 orang murid sekolah rendah di bahagian Pantai Barat Utara Sabah yang telah dipilih secara pensampelan kelompok dan rawak mudah. Instrumen yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik dan set ujian Bahasa Arab. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS. Data yang dikumpul dianalisis secara diskriptif dan inferensi dengan melibatkan analisis korelasi Pearson dan regresi mudah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan (r=0.329, p<0.01) dan pengaruh (R2=.109, p<0.05) yang signifikan efikasi kendiri terhadap penguasaan Bahasa Arab murid-murid. Adalah diharapkan kajian ini akan dapat memberi maklumat yang berguna untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Muhamad Suhaimi Taat, & Azlin Ariffin. (2024). PENGARUH EFIKASI KENDIRI TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3157
Issue
Section
Articles