KESAHAN MODUL BERKONSEPKAN GAMIFIKASI (Bio-GamyX) UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI

Authors

  • Nur Izwani Mohd Shapri Department of Biology, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Che Nidzam Che Ahmad Department of Biology, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan kandungan modul Bio-GamyX. Modul ini dibina berdasarkan kepada pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran subjek Biologi Tingkatan Empat yang mencakupi topik Komposisi Kimia dalam Sel. Matlamat utama pendekatan gamifikasi dalam pembelajaran adalah bagi menarik pelibatan murid serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan memanipulasi elemen-elemen permainan seperti sistem mata, lencana, papan pendahulu, tahap, jalan cerita dan batasan masa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan nilai kesahan kandungan modul seperti yang dicadangkan oleh Russell (1974) dan kesahan aktiviti modul berdasarkan Mohammad Aziz Shah (2010) menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kedua-dua penilaian kesahan kandungan modul ini menggunakan kaedah persetujuan pakar secara deskriptif. Responden kajian ini terdiri daripada sembilan orang pakar bidang iaitu bidang modul, bidang pengajaran Biologi dan bidang gamifikasi. Draf modul Bio-GamyX yang dibina terdiri daripada lapan sesi dan lapan aktiviti. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai kesahan kandungan yang tinggi bagi modul Bio-GamyX iaitu 84% manakala nilai kesahan sesi dan aktiviti modul juga adalah tinggi iaitu sebanyak 88% iaitu melebihi nilai kesahan minimum 70% seperti yang dicadangkan oleh Tuckman dan Waheed (1981). Kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan gamifikasi boleh diadaptasi dalam rekabentuk pembinaan modul untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Izwani Mohd Shapri, & Che Nidzam Che Ahmad. (2024). KESAHAN MODUL BERKONSEPKAN GAMIFIKASI (Bio-GamyX) UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BIOLOGI . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3158