PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN MATEMATIK
Abstract
Transformasi pendidikan di Malaysia memerlukan para guru untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seiring dengan keperluan pembangunan transformasi dasar pendidikan negara. Berdasarkan kepada keperluan tersebut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan ICT dalam pengajaran matematik di sekolah menengah khususnya di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan secara rentasan melibatkan 343 orang guru matematik. Analisis deskriptif dari aspek demografi dan skor purata (min) digunakan untuk menjelaskan tahap pemboleh ubah yang dikaji. Berdasarkan kepada analisis data menggunakan SPSS menunjukkan nilai skor min penggunaan ICT di dalam bilik darjah berada pada tahap sederhana (min = 3.19). Hasil kajian ini dilihat dapat menjadi panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak pegawai pendidikan untuk memahami dan seterusnya merangka program latihan intensif perguruan khususnya pemerkasaan penggunaan ICT di institusi-institusi pendidikan negara.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ku Hafisal Ku Mahamud, & Abdull Sukor Shaari. (2024). PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN MATEMATIK . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3161
Issue
Section
Articles