KONSTRUK IDENTITI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA ETNIK MELAYU BRUNEI DI MEMBAKUT, SABAH

Authors

  • Mohd. Arifin Mohd. Arif Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Norazlina Mohd Kiram Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
  • Noor Aina Dani Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konstruk identiti bahasa pilihan remaja etnik Melayu Brunei berdasarkan satu model identiti bahasa. Kajian ini dijalankan di SMK Pekan Membakut (2) Beaufort, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 56 remaja etnik Melayu Brunei yang berumur 15 tahun. Kaedah tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal selidik berstuktur yang mengandungi 17 konstruk identiti bahasa. Selain jadual frekuensi dan skala Likert, statistik deskriptif digunakan untuk mengira peratus, min dan sisihan piawai setiap konstruk identiti bahasa. Konstruk identiti bahasa terdiri daripada semangat kekitaan terhadap bahasa, sikap terhadap sebutan, bahasa dan status sosial, penggunaan atau pendedahan B1, pengetahuan bahasa, dan skrip atau abjad. Hasil kajian menunjukkan semangat kekitaan mereka terhadap bahasa Melayu standard lebih kuat berbanding dengan bahasa Melayu Brunei. Namun corak sebutan yang mereka ingini cenderung kepada bahasa Melayu Brunei. Penggunaan atau pendedahan bahasa Melayu Brunei sebagai B1 oleh masyarakat Brunei di daerah Membakut, Sabah masih berlaku. Justeru, peserta memilih untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan bahasa Melayu Brunei, bukan bahasa Melayu standard. Namun dalam kehidupan seharian, remaja mengaitkan status sosial dengan bahasa Melayu standard yang lebih berprestij. Dengan itu, mereka memilih penggunaan skrip atau abjad bahasa Melayu standard apabila menghantar teks mesej dan e-mel. Penggunaan berleluasa bahasa Melayu Brunei dalam domain variasi rendah membolehkan mereka mengekalkan identiti dan kesinambungan budaya Melayu Brunei walaupun ada saranan pemerintah untuk berasimilasi dan akulturasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd. Arifin Mohd. Arif, Norazlina Mohd Kiram, & Noor Aina Dani. (2024). KONSTRUK IDENTITI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA ETNIK MELAYU BRUNEI DI MEMBAKUT, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3163