TEKNIK SIMULASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DI TADIKA: SATU KAJIAN AWAL
Abstract
Guru merupakan sumber penyebaran ilmu kepada murid. Ilmu yang diperoleh adalah hasil pembelajaran yang bermakna serta pengaplikasian pendekatan dalam proses Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam bilik darjah. Di tadika, seorang guru harus bertanggungjawab mendidik murid sebaik mungkin, serta mahir menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dalam mengelola pengajaran. Maka, kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan teknik simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dan tiga tema utama telah diketengahkan iaitu (a) pengetahuan guru, (b) penggunaan simulasi dalam pengajaran dan pemudahcaraan, (c) dan cabaran. Bagi mencapai matlamat ini, kajian ini dijalankan dengan menggunakan penyelidikan kualitatif menerusi reka bentuk kajian tinjauan dan data dikutip menggunakan kaedah temu bual dalam kalangan 2 orang guru swasta dan 2 orang guru KEMAS. Hasil kajian ini menunjukkan penyumbang utama terhadap penggunaan teknik simulasi bergantung kepada 3 tema tersebut. Penemuan ini diharapkan dapat meningkatkan sikap professional dan pedagogi guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak seterusnya mampu meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rosny Maidin, & Kamariah Abu Bakar. (2024). TEKNIK SIMULASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DI TADIKA: SATU KAJIAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3165
Issue
Section
Articles