ANALISIS MASALAH DAN JENIS KEMAHIRAN PENDIDIKAN SEKSUALITI KANAK-KANAK PRASEKOLAH DARI SUDUT PANDANGAN GURU DAN IBUBAPA

Authors

  • Zarina Eshak Department of National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Azizah Zain Department of National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mazlina Che Mustafa Department of National Child Development Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pendidikan seksualiti dari aspek keselamatan di rumah dan di sekolah serta mengenalpasti jenis kemahiran pendidikan seksualiti yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak prasekolah dari sudut pandangan guru dan ibubapa. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam menganalisis soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 126 orang guru prasekolah dan ibubapa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju punca permasalahan kepada masalah jenayah seksual adalah kurangnya pendedahan kepada pendidikan seksualiti daripada rumah serta di sekolah. Manakala kemahiran yang mendapat kedudukan yang terpenting sekali ialah kemahiran menjaga keselamatan diri dan orang lain. Oleh itu pihak-pihak yang terlibat dalam bidang Pendidikan Prasekolah perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan modul pendidikan seksualiti yang khusus untuk murid prasekolah bagi menjaga keselamatan diri mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Zarina Eshak, Azizah Zain, & Mazlina Che Mustafa. (2024). ANALISIS MASALAH DAN JENIS KEMAHIRAN PENDIDIKAN SEKSUALITI KANAK-KANAK PRASEKOLAH DARI SUDUT PANDANGAN GURU DAN IBUBAPA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3168