PERANAN GURU DALAM MENERAPKAN BUDAYA MEMBACA MURID SEKOLAH RENDAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan guru dalam menerapkan budaya membaca murid sekolah rendah. Seramai empat orang guru dipilih sebagai informan kajian di sebuah sekolah rendah. Informan adalah dalam kalangan guru yang terlibat secara langsung dengan program galakan membaca di sekolah iaitu Guru Pusat Sumber Sekolah dan guru NILAM. Kaedah kualitatif dijalankan dengan menggunakan kajian kes sebagai bentuk kajian. Proses temu bual dilaksanakan sebagai teknik pengumpulan data. Sebagai seorang guru, tanggungjawab dalam memupuk budaya membaca amat penting dan perlu dipikul sebagai salah satu tugas dalam pembelajaran. Informan bersetuju bahawa peranan guru dalam memupuk budaya membaca dengan melatih murid sekolah rendah agar lebih kerap membaca, pelbagai aktiviti membaca dilaksanakan, peranan guru pusat sumber sekolah untuk menarik lebih ramai murid berkunjung dan kerjasama antara guru-guru dalam memupuk budaya membaca. Kesemua informan menyatakan budaya membaca memang wujud dalam kalangan murid sekolah. Walau bagaimanapun, budaya membaca murid sekolah rendah adalah sederhana. Keadaan ini disebabkan oleh sikap murid itu sendiri yang tidak mahu membaca, kekangan masa yang terhad bila berada di sekolah dan akses ke PSS yang sukar kerana lokasi yang tidak strategik menyebabkan murid tidak menggunakan PSS untuk membaca.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Adam Zulkarnain Saleng, & Amir Hasan Dawi. (2024). PERANAN GURU DALAM MENERAPKAN BUDAYA MEMBACA MURID SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3169
Issue
Section
Articles