PENGARUH SIKAP GURU, PENGETAHUAN GURU DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP KOMPETENSI PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI SABAH
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh sikap ke atas disiplin, pengetahuan dan kemahiran ketua guru disiplin terhadap kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan di Sabah. Seramai 320 orang ketua guru disiplin dipilih sebagai responden kajian melalui kaedah pensampelan rawak berperingkat. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik IBM SPSS dan analisis SEM-AMOS. Dapatan kajian menunjukkan sikap ke atas disiplin guru disiplin berada pada tahap tinggi. Manakala tahap pengetahuan guru disiplin, tahap kemahiran guru disiplin dan kompetensi pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap ke atas disiplin, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru disiplin dengan kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan. Analisis regresi berganda pula membuktikan terdapat pengaruh yang signifikan faktor peramal iaitu sikap ke atas disiplin, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru disiplin terhadap kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan. Analisis SEM pula menunjukkan terdapat model sumbangan yang signifikan. Implikasi daripada kajian ini, mencadangkan bahawa kompetensi pengurusan disiplin sekolah kebangsaan perlu sentiasa dipertingkatkan dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan kerohanian.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Osman Said, Mohd Nasir Rayung, Syahrul Nizam Salam, & Abdul Said Ambotang. (2024). PENGARUH SIKAP GURU, PENGETAHUAN GURU DAN KEMAHIRAN GURU TERHADAP KOMPETENSI PENGURUSAN DISIPLIN SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN DI SABAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3171
Issue
Section
Articles