PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DAN HUBUNGANKAITNYA DENGAN BIDANG PENGAJIAN PELAJAR

Authors

  • Armanurah Mohamad Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Norashidah Hashim Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Awanis Ku Ishak Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Syahrina Abdullah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk (1) meninjau tahap keseluruhan pemikiran keusahawanan pelajar institusi pengajain tinggi awam (IPTA) berdasarkan bidang pengajian mereka; (2) mengenal pasti sama ada terdapat perbezaaan yang signifikan dalam pemikiran keusahawanan pelajar berdasarkan bidang pengajian merekadi IPTA. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda seramai 2001 daripada 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Sampel ini terdiri dari pelajar dalam semua bidang pengajian yang diklasifikasikan kepada tujuh kumpulan, iaitu sastera dan sains sosial, teknikal dan kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi, sains, pendidikan dan perniagaan. Kaedah statistik deskriptif dan ujian ANOVA sehala digunakan untuk menganalisis data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar dari semua bidang pengajian mempunyai tahap keseluruhan pemikiran keusahawanan yang sederhana tinggi dengan skor min 3.910 dan sisihan piawai 0.473. Bidang pengajian perniagaan mempunyai skor min tertinggi, sementara kajian teknikal dan kejuruteraan mempunyai skor min terendah.Selain itu, kajian ini mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemikiran keusahawanan pelajar IPTA berdasarkan bidang pengajian. Keputusan ujian Tukey HSD mendapati tiga kumpulan bidang pengajian mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kumpulan bidang pengajian perniagaan, iaitu kumpulan bidang pengajian sastera dan sains sosial, pengajian teknikal dan kejuruteraan, dan kumpulan bidang pengajian sains. Implikasi dari kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya IPTA boleh memupuk pemikiran keusahawanan ke tahap tinggi dalam kalangan pelajar bagi semua bidang pengajian dengan mempekenalkan pendidikan keusahawanan yang mempunyai elemen pemikiran keusahwanan. Ini termasuklah elemen keupayaan mengenal pasti peluang, kreatif dan inovatif, kesanggupan mengambil risiko dan toleransi kepada kekaburan. Penerapan pemikiran keusahwanan kepada pelajar IPTA boleh memberi dua pilihan kerjaya kepada pelajar apabila bergraduat, iaitu merealisasikan aspirasi kerjaya keusahawanan mereka sebagai kerjaya pilihan atau memilih kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya alternatif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak, & Syahrina Abdullah. (2024). PEMIKIRAN KEUSAHAWANAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DAN HUBUNGANKAITNYA DENGAN BIDANG PENGAJIAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3181