KEBERKESANAN PENGAPLIKASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN (PBP) BAGI TOPIK OPERASI ASAS DARAB TAHUN TIGA

Authors

  • Nurul Dayana Mohd Dazid Department of Computing, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Maizatul Hayati Mohamad Yatim Department of Computing, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengkaji Keberkesanan Pengaplikasian Pemikiran Komputasional Dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) Bagi Topik Operasi Asas Darab Tahun Tiga. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan bagi mendapatkan 42 orang murid Tahun Tiga dari Sekolah Kebangsaan Sentul Utama sebagai sampel kajian. Reka bentuk kajian yang digunakan bagi melihat hubungan di antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar adalah Kuasi Eksperimen dan One Group Pretest Posttest. Kajian ini yang menggunakan analisis ujian-T bebas bagi menguji hipotesis kajian. Seterusnya, pengkaji menggunakan perisian SPSS versi 23 bagi tujuan menganalisis dapatan kajian. Dapatan utama kajian menunjukkan bahawa wujud perbezaan skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan rawatan dengan nilai signifikan p = 0.004 iaitu lebih kecil daripada 0.05 (p < 0.05). Ini menunjukkan bahawa kaedah pemikiran komputasional dalam permainan Tic Tac Toe lebih berkesan berbanding pendekatan konvensional dalam operasi asas darab bagi murid tahun tiga. Selain itu, dapatan juga menujukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pra ujian dan pos ujian bagi kumpulan rawatan dengan nilai p = 0.000 iaitu lebih kecil daripada 0.05 (p < 0.05). Justeru, kajian ini mendapati pengaplikasian Pemikiran Komputasional dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) bagi Topik Operasi Asas Darab Tahun Tiga telah memberikan kesan positif kepada pencapaian akademik murid.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nurul Dayana Mohd Dazid, & Maizatul Hayati Mohamad Yatim. (2024). KEBERKESANAN PENGAPLIKASIAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN (PBP) BAGI TOPIK OPERASI ASAS DARAB TAHUN TIGA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3182