KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI COVID-19 DALAM KALANGAN PESAKIT YANG DATANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) KLINIK KESIHATAN KINARUT SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DILAKSANAKAN
Abstract
Penjagaan kesihatan merupakan agenda utama kerajaan terutamanya dalam keadaan negara berhadapan dengan masalah global iaitu pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh benua di dunia pada masa kini. Justeru, penekanan terhadap tahap pengetahuan mengenai penyakit Covid-19 adalah penting bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu setiap pengamal perubatan malah ianya menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia amnya. Maka matlamat utama kajian ini adalah untuk melihat apakah tahap pengetahuan dalam kalangan pesakit mengenai Covid-19 yang datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kinarut. Metodologi kajian ini adalah kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik, manakala kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak convenient dengan responden seramai 200 orang pesakit dalam kawasan penempatan Kinarut. Hasil analisis tentang penilaian instrumen dan kaedah persampelan turut dibincangkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pesakit mengenai Covid-19 berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min=3.620, SP=0.545, terutamanya pesakit yang pernah mendengar pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan mengenai Covid-19 n=112 (56%). Seterusnya, dimensi Pengetahuan Am berada pada tahap yang sederhana dengan nilai skor min=3.601, SP=0.633. Bagi dimensi Tanda dan Gejala dengan nilai skor min=3.610, SP=0.755 iaitu pada tahap yang sederhana. Manakala, nilai skor min bagi Kawalan dan Pencegahan pula berada pada tahap sederhana dengan nilai skor min=3.609, SP=.727. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa pesakit yang tinggal di sekitar Kinarut mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana mengenai penyakit Covid-19.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Baidi Baddiri, & Mohd Khairuddin Abdullah @ Jerry Abdullah. (2024). KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI COVID-19 DALAM KALANGAN PESAKIT YANG DATANG UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI JABATAN PESAKIT LUAR (JPL) KLINIK KESIHATAN KINARUT SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DILAKSANAKAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3185
Issue
Section
Articles