PENGESAHAN INSTRUMEN AMALAN PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH: ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen amalan pengajaran matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Seramai 100 orang guru matematik terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.934 iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada analisis faktor penerokaan menunjukkan empat faktor dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.876 > 0.6 menunjukkan item-item dalam kepercayaan matematik mencukupi untuk inter-korelasi. Manakala Ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 1521.621, p <0.05. Nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.6. Walaubagaimanapun, terdapat tiga item yang perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.60 iaitu item-item G11, G14 dan G18. Nilai jumlah varians yang dijelaskan oleh tiga faktor tersebut adalah 62.76 peratus. Oleh itu, keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen amalan pengajaran matematik dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norkumalasari Othman, Nor Hasnida Che Md Ghazali, & Mohd Nazir Md Zabit. (2024). PENGESAHAN INSTRUMEN AMALAN PENGAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH: ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3186
Issue
Section
Articles